BAGAIMANA HARGA SEHELAI TSHIRT DIKIRA?

Assalamualaikum,

Harga amat penting bagi suatu perniagaan, harga haruslah adil kepada peniaga dan juga kepada pembeli.Oleh yang demikian persoalan tentang harga amat kami pentingkan agar ianya tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah sehingga merosakkan harga industry percetakan tshirt di Malaysia.

Yang patut difahami dalam soal harga ini adalah kami menawarkan produk perkhidmatan oleh itu harga ditentukan melalui :

a)      KUANTITI – helai tshirt yang custumer mahu cetak

b)      DESIGN – apa yang hendak dicetak diatas baju

c)       MATERIAL – cotton, microfiber, polo

Setelah itu harga untuk custumer tadi dikira. Dibawah ada contoh  harga,

SITUASI : Design berlainan ,Kuantiti 10 helai, Material tshirt cotton

CONTOH 1

Untuk CONTOH 1 diatas kuantiti 10 helai, material tshirt Cotton, design berwarna cetak dibahagian depan dan belakang baju.

Harga untuk sehelai :RM 36.10 total harga untuk 10 helai berharga RM361.00

 

CONTOH 2

CONTOH 2 : KUANTITI 10 helai , Material Tshirt cotton, design  1 warna cetak depan belakang

Harga untuk sehelai : RM23.50 total harga untuk 10 helai : RM 235.00

P/S : Jadi Harga berbeza disebabkan oleh Design yang berbeza

Soalan – soalan yang paling biasa berkaitan harga Tshirt printing :

S : SOALAN

J : JAWAPAN

S : Bagaimana pula jika hanya cetak dibahagian depan sahaja bagian belakang kosang tak payah cetak ?

J : Semestinya harga untuk sehelai tshirt itu juga berkurang . Okey kita ambil design contoh kedua , anggap sahaja design belakang tu kosong harga. Kuantiti 10 helai harga untuk sehelai : RM 18.90 total harga untuk 10 helai : RM189.00.

S : Kalau sehelai boleh dan berapa harga?

J : Kami terima juga Bosku. Cuma harga tidak mungkin sama dengan harga cetak diatas 10 helai kerana kos pembuatan akan makin mahal sebab itu harga untuk cetak dibawah 10 helai juga agak mahal.

S : Kenapa harga baju lengan panjang dengan baju lengan pendek lain harga kan sama jenis material ?

J : Sebab harga borong untuk long sleeve dan short sleeve tak sama. Harga lengan panjang mahal sedikit berbanding lengan pendek.

S : bolehkah print baju  lain – lain warna harga macam mana kira?

J : boleh. Harga masih sama walaupun cetak dekat baju yang berlainan warna asalkan design yang dicetak sama. Kalau lain – lain design harga berbeza bossku.


Ini antara persoalan yang banyak kami terima setakat ini. Harap blog berkenaan harga untuk cetak baju ni ada manfaatnya agar penjual dan pembeli sama – sama dapat harga yang adil.

Jika anda ingin kan perkhidmatan kami  boleh contact dekat bawah :


contact : 

Whatsapp : https: //cetakbajumudah.wasap.my/
Email : devisionartwork@gmail.com


Comments